Thursday, Friday and Saturday ani im fully occupied untuk menghadiri Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan yang mulia ini ... Sana sini orang khatam Al-Quran, siok jua lah cos semua orang macam menghayati bulan Ramadan ani...
Majlis khatam Al-quran held arah rumah my aunty was for Perkumpulan Wanita (cawangan Tutong and Belait) - two different venues; Today, Saturday 27, Oct, arah office & arah my uncle's place. Bacaan tahtim dibaca ramai-ramai, been a long time nda ikut tahtim ani ... the last was when i was in Darjah 5, Sekolah Ugama. Then the doa tahtim was read by org yang steady lah tu ....
Let me share with you all, diantara terjemahan doa tahtim -
Ya Allah Terimalah Doa Permohonan Kami Bahawasanya, Engkau Maha mendengar lagi Maha Mengetahui, Taubatkanlah Kami Ya Allah kerana bahawasanya Engkau sangat suka menerima taubat, Tunjukkanlah Kami pada jalan yang benar dengan berkat kitab Al-Quran dan dengan berkat kehormatan Junjungan yang Engkau utuskan yang menjadi rahmat kepada seluruh alam. Maaf dan ampunkanlah kami Ya Allah, Tuhan yang bersifat Maha Penurah Lagi maha Penyayang.
Ya Allah Wahai Tuhan kami, hiaskan diri kami dengan hiasan ajaran Al-Quran. Muliakan kami dengan berkat kemulian Al-Quran. Serikan kami dengan ketinggian martabat Al-Quran. Pakaikan kami dengan pakaian kemas permata Al-Quran. Masukkan kami ke dalam syurga dengan berkat Syafaat Al-Quran. Selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al-Quran. Cucuri rahmat kepada sekelian umat Nabi Muhammad Wahai Tuhan yang bersifat Rahim dan Rahman.
Ya Allah jadikanlah Al-Quran kepada kami semasa hidup didunia ini sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan bermanja-manjaan; pada hari qiamat sebagai pembantu; semasa di titi Sirathalmustaqim sebagai penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai taulan, semasa ke neraka sebagai penghadang dan pendinding dan semasa menuju kepada kebaikan jadikanlah Al-Quran itu kepada kami sebagai panduan dan ikutan. Mohon limpah kemurahan dan kemuliaan mu jua Ya Allah Tuhan yang bersifat dengan sifat Al-Karim.
Ya Allah tunjukkanlah kami dengan pertunjukkan Al-Quran, selamatkan kami daripada neraka dengan sebab kemulian Al-Quran. Hapuskan segala dosa kesalahan kami dengan sebab membaca Al-Quran - Mohon limpah Rahmat Mu jua Ya Allah Tuhan yang empunya segala macam kelebihan lagi bersifat ehsan.