Tuesday, September 2, 2008

Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia ... Semoga segala amalan kita di bulan ini, insya Allah diterima oleh ALLAH S.W.T. dan dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda .... aminnnnn (Macam skrip utk T.V. saja.. hehehehe)



Anyway, let me highlight Perkara-Perkara yang membatalkan puasa & sunnat dalam puasa sebagai garis pandu kita untuk menuju keredhaan Allah jua ....

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
  1. Makan atau minum dengan sengaja walaupun sedikit (jika terlupa tidak membatalkan puasa tetapi wajib berhenti sewaktu menyedari bahawa diri sedang berpuasa)
  2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
  3. Muntah dengan sengaja
  4. Keluar haid dan nifas
  5. Gila
  6. Murtad (keluar daripada Islam ~ na'uzubillah)
  7. Mengeluarkan mani dengan sengaja.
  8. Bersetubuh (melakukan hubungan kelamin pada siang hari bulan Ramadan)
PERKARA-PERKARA SUNAT DALAM BERPUASA
  1. Segera Berbuka Puasa
  2. Berbuka puasa dengan buah tamar (kurma) atau sesuatu yang manis.
  3. Membaca doa berbuka puasa.
  4. Melambatkan waktu bersahur kerana ada berkat padanya.
  5. Memperbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal-amal yang baik.
  6. Banykkan bersedekah kepada fakir miskin dan anak-anak yang kurang bernasib baik.
  7. Jauhkan bercakap perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah.
  8. Mandi junub awal sebelum masuknya waktu subuh.

0 comments:

menghitung hari .....

Daily Horoscope by DailyHoroscopes.net

blogger templates | Make Money Online